Selamat Datang Ke Laman Blog Saya.

Dapatkan produk-produk yang dijamin halal dan berkualiti pada harga berpatutan hanya di Giffarine.
2009-07-31_013637

Wednesday, October 21, 2009

Pengenalan

Pada tahun 1996, sekumpulan doktor perubatan dan ahli farmasi berdedikasi telah membuat keputusan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka untuk melakukan kajian bagi menghasilkan produk yang berkualiti untuk penduduk Thailand. Mereka telah berjaya menghasilkan sebilangan produk kosmetik, rawatan badan, barangan keperluan rumah dan makanan tambahan. Kesemua produk ini kemudiannya diberi jenama Giffarine. Produk ini dirumus khas menggunakan bahan mentah bermutu tinggi dari dalam dan luar negara termasuklah bahan herba terkenal yang digunakan sejak turun-temurun untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi.
Kini setelah 13 tahun, hampir 2000 jenis produk berjaya dihasilkan dan Giffarine telah berupaya memenuhi kehendak masyarakat Thai. Giffarine mudah diterima dan berkembang pesat di kalangan masyarakat Thailand. Nama Giffarine ini juga telah dikenali serta disambut baik di beberapa negara. Faktor kejayaan Giffarine dipengaruhi prinsip yang dipegang teguh iaitu adil dan bertanggungjawab ke atas pelanggan. Selain itu, kekuatan Giffarine dapat dilihat melalui strategi Multi-Level-Marketing (MLM) yang hebat serta mudah berlandaskan falsafah keadilan dan keuntungan untuk semua. Di samping itu, pelan pemasaran yang adil, mudah, produk yang berkualiti dan selamat telah membuahkan kejayaan kepada pengguna dan pengedar Giffarine serta keluarga mereka.
Giffarine telah melihat peluang dan kepentingan meluaskan pasaran di luar kawasan Thailand agar kebaikannya dapat dikongsi lebih ramai orang. Tambahan pula, permintaan tinggi dari luar negara terhadap produk Giffarine membuka lebih banyak peluang kepada pihak lain untuk menjalankan perniagaan bersama Giffarine. Oleh demikian, Giffarine telah bekerjasama dengan beberapa pihak luar bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk Asia mengguna dan menikmati produk Giffarine selain merebut peluang menjalankan perniagaan bersama.

: : Borang Tempahan : :

Borang Tempahan Giffarine

Nama Penuh
Alamat
H/P no
E-Mail
Produk Code/ Nama Produk
Kuatiti
Catatan ( jika ada )
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

ads